BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 15, 2010

HUKUMAN BERAT MEMBENDUNG GEJALA BUANG BAYI


HUKUMAN BERAT MEMBENDUNG GEJALA BUANG BAYI
Dewasa kini gejala membuang bayi semakin berleluasa. Perkara ini berlaku disebabkan kehamilan yang tidak diingini melalui hubungan seks rambang dan luar nikah. Akibat malu kerana mengandungkan anak luar nikah, maka individu ini akan membuat keputusan dengan membuang bayi mereka dengan pelbagai cara.  Gejala ini amat devian kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Ada antara bayi yang ditemui masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan.
Sehingga kini, banyak berita mengenai gejala pembuangan bayi dilaporkan di dada-dada akhbar dan media elektronik. Terbaru, seorang bayi lelaki ditemui mati di Sungai Kuantan, Pahang oleh seorang nelayan. Mayat bayi tersebut yang masih bertali pusat dipercayai baru sahaja dilahirkan. Perkara ini terjadi kerana individu tersebut ingin menutup kesalahan yang dilakukannya. Pada masa yang sama, individu tersebut ingin menjaga maruahnya daripada dipandang hina oleh masyarakat.
Hukuman yang setimpal patut dikenakan kepada individu yang tidak berperikemanusiaan ini. Rang Undang-undang jenayah Malaysia telah menyatakan bahawa sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun. Hakikatnya, walaupun undang-undang ini wujud, namun gejala buang bayi ini masih tetap berlaku dan semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan remaja masa kini.
Pada pandangan saya, hukuman yang ada tidak berkesan kerana ianya masih tidak dapat membendung gejala ini. Hukuman ini wujud, tetapi mereka tetap diberikan peluang untuk menebus kesalahan seperti selepas menjalani hukuman penjara, mereka dihantar ke pusat-pusat kaunseling dan pemulihan akhlak. Namun, perkara ini masih tidak dapat menyedarkan mereka kerana mereka menganggap hukuman ini remeh dan tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti. Oleh itu, mereka masih berani melakukan perbuatan tersebut.
Hukuman ini patut ditambahkan lagi agar setimpal dengan perbuatan yang telah mereka lakukan. Contohnya seperti hukuman sebat dan mati. Hukuman ini perlu dilakukan bagi orang yang membunuh bayi tersebut iaitu ibu kepada bayi itu. Hal ini setimpal dengan perbuatan yang dilakukannya.  Bagi sang lelaki yang menjadi punca segala jenayah buang bayi, mereka perlu dicari sehingga ke ‘lubang cacing’ dan dikenakan hukuman berat seperti sebat dan sebagaimana hukuman yang dikenakan terhadap perogol. Hukuman berat itu wajar, kerana tanpa perbuatan melakukan persetubuhan haram dan mengabaikan tanggungjawab setelah merosakkan anak gadis, maka bayi yang dilahirkan oleh teman wanita lelaki terbabit tidak akan dibiarkan mati.
Tambahan lagi, hukuman berat perlu dijalankan dalam konsep Islam, sebagai contoh kita boleh melihat negara–negara Islam seperti Arab Saudi yang mengamalkan hukuman berasaskan Islam iaitu hukum Hudud. Jenayah membuang bayi jarang didengari di negara tersebut. Oleh itu, masyarakat haruslah mempunyai pandangan alam yang berteraskan agama dan syariah. Dengan terlaksananya hukuman berat berasaskan Islam yang sebetulnya, maka gejala ini dapat dibendung dan masyarakat tidak akan berani melakukannya.
Masyarakat juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menangani kes buang bayi ini. Misalnya, kerajaan boleh melaksanakan undang-undang terhadap remaja yang berdua-duaan di tempat yang kondusif untuk seks bebas. Selain itu, masyarakat perlu membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda ini. Aktiviti yang mencurigakan perlu dibuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras mereka yang terlibat. Individu itu sendiri juga harus sedar akan akibat dan kesan atas perbuatan terkutuk seperti itu. Individu itu juga perlu memikirkan akan penyebab yang membolehkan mereka terjebak dengan perkara yang negatif ini. Pengetahuan agama yang bersesuaian dan baik amat perlu di sini agar mereka sesekali tidak akan terlibat dalam gejala berkenaan. Dengan ilmu agama yang mencukupi, sudah pasti keadaan yang berlaku kini tidak berleluasa. 


Kesimpulanya, Program pencegahan dan pemulihan perlu dilakukan secara terancang dan digerakkan dengan lebih efektif lagi. Semua pihak harus memainkan peranan mereka  samada secara individu, keluarga mahupun masyarakat bahkan institusi yang ditubuhkan khusu,  bersepakat dalam menangani masalah ini.   Undang-undang masih mampu mencegah jenayah tetapi masyarakat perlu prihatin dengan keadaan sekeliling. Tidak kira apa pun status bayi tersebut, isu ini perlu dibendung. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Fikirlah, jika pada zaman jahiliah, mereka membunuh antara satu sama lain kerana khuatir anak mereka diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden, anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina.

Thursday, April 8, 2010

TUNKU ABDUL RAHMAN

PERSONALITY PROFILES
TUNKU ABDUL RAHMAN
“THE FATHER OF INDEPENDECE AND FATHER OF MALAYSIA”


Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. He was known as “Tunku”. He was father of independence because he brought Tanah Melayu to be independence. He also was the first Malaysia Prime Minister from independence in 1957. He does many good deeds to make Tanah Melayu freedom from colony.

Tunku Abdul Rahman gets his first education in 1909 at a Malay Primary School in Alor Star. After that, he work at Kedah public service and go through District Officer of Kulim and Sungai Petani. For information, the colonial Malaya, almost all the District Officers were British. Tunku Abdul Rahman is the only Malay District Officer at that time had the people's interest at heart. This is made him the special person from that.

During the Japanese Occupation of Kedah, the Tunku was responsible for saving many lives, both Malay and Chinese. He being of royal blood was highly revered by the Japanese and could not be touch by them, so he uses this change to his advantages.
After that, he continues his studies at the Inner Temple in 1947. And in 1949, he qualified for the Bar. During this time, Tunku Abdul Rahman met Abdul Razak Hussein (later known as Datuk and Tun). He was selected to be president of the Malay Society of Great Britain, and Abdul Razak, who was twenty-six, was his secretary.

In arena of politic,Tunku Abdul Rahman firstly joined UMNO (United Malays National Organisation) and became active in Malayan nationalist politics. He become popular and later become head of the Kedah branch of UMNO. In August 1951, an internal crisis was happen in UMNO forced Datuk Onn Jaafar to resign as party president.during that time, Tunku Abdul Rahman was selected to be new presidents.

When Tanah Melayu was colonial by British, he tries to get this country freedom from that colony. So he and his group go to London to get independence for Tanah Melayu was not effective. It is because British use the excuse that Tanah Melayu have three different races like Malay, Chinese and Indian. So they must work together and the independence will be come true.

After that, he returns to Tanah Melayu to solve problem with Parti Komunis Malaya (PKM). He wants to do talk and discuss with communist leader names Chin Peng between Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu and Parti Komunis Malaya. So, this talk was doing in Baling English School now as Sekolah Kebangsaan Tunku Putra in Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia at 28 and 29 December 1955.


 The group of PKM consist of Chin Peng, Chen Tien and Rashid Maidin.
The group of Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu consist of Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall and Hamjd Jumat meanwhile the group of PKM consist of Chin Peng, Chen Tien and Rashid Maidin.

The Baling Talk is the last process and effort from Kerajaan Perikatan to convince British that local people deserve to control and ready to get independence. After a few day from that historical tragedy happen, Tunku go to London again to continue their talk about independence with British.

So at 31 August 1957 was decided as the date for independence. When the British flag was lowered in Kuala Lumpur on Independence Day, Tuanku Abdul Rahman led the crowd in announcing "Merdeka!" (independence) for seven time. So, Tanah Melayu was freedom from any colony. After this special history, Tanah Melayu today known as Malaysia get date historical on 31 AUGUST 1957. MALAYSIA celebrate Independence Day every year.